Bahasa Melayu (Malay)
Bacalah nasihat dan sumber tentang keselamatan dalam talian dalam Bahasa Melayu.
eSafety Commissioner (eSafety)
eSafety Commissioner (eSafety) adalah badan kawal selia bebas Australia tentang keselamatan dalam talian. Kami sebuah agensi Kerajaan Australia.
Pesuruhjaya eSafety membantu menjaga keselamatan semua penduduk Australia terhadap bahaya dalam talian, dan menggalakkan cara-cara menikmati pengalaman dalam talian yang lebih selamat dan positif. Kami berkuasa di sisi undang-undang bagi melindungi penduduk Australia di kebanyakan platform dan forum yang mengalami penganiayaan atau bahaya dalam talian.
eSafety juga menyediakan pelbagai program dan sumber percuma tentang keselamatan dalam talian.
eSafety dapat membantu menghapuskan kandungan dalam talian yang sangat berbahaya. Kandungan sangat berbahaya ini termasuk:
- pembulian siber terhadap kanak-kanak
- penganiayaan siber terhadap orang dewasa
- imej atau video sulit yang dikongsikan tanpa izin orang yang dipaparkan
- kandungan haram dan dihadkan penyebarannya.
Untuk mengetahui cara membuat laporan: eSafety.gov.au/report
Hubungi Translating and Interpreting Service melalui telefon 131 450, jika perlukan jurubahasa bagi membantu anda membuat laporan kepada eSafety.
Anda boleh gunakan Google Translate untuk membaca teks dalam bahasa Inggeris di halaman ini.
Image-based abuse
This guide shows you what to do if someone shares an intimate image of you without your consent.
Last updated: 02/09/2024